Baru-baru ini, kerajaan memaklumkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang sebelum ini diperkenalkan di bawah Dasar Pendidikan Negara sejak 2002.
Dasar ini berusaha membantu pelajar mempertingkat kemahiran menguasai bahasa Inggeris, tetapi ia dimansuhkan pada 2012. Lanjutan daripada keputusan Kabinet itu, pelbagai pihak memberi reaksi berbeza.
Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berpandangan segala keputusan kerajaan tetap dipatuhi sebaliknya Karyawan ingin memberi fokus pada subjek muzik di sekolah yang sebelum ini jarang diberi perhatian sepenuhnya.
Katanya, subjek muzik sebelum ini hanya dijadikan subjek pilihan untuk pelajar dan ia tidak digunakan di sekolah secara menyeluruh.
"Karyawan ingin mencadangkan muzik menjadi subjek wajib di sekolah supaya lebih ramai pelajar yang mempunyai kecenderungan pada muzik dapat mengembangkan bakat mereka.
"Sebagaimana PPSMI yang akan dimansuhkan, Karyawan pula mencadangkan subjek muzik diajar dalam dwibahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Ini sebenarnya lebih memudahkan pelajar untuk faham dan menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.
"Bagi menyampaikan cadangan ini, Karyawan sudah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan satu perbincangan dengan lebih lanjut. Pada pertemuan itu nanti, Karyawan akan menyerahkan kertas cadangan memperkasa subjek muzik di sekolah.
"Dalam pada itu, Karyawan juga bercadang menubuhkan Kelab Karyawan sebagai antara usaha untuk memberi pengetahuan dan mendekatkan diri pelajar dengan muzik. Mungkin sebelum ini ada pelajar yang berminat mendalami muzik, tetapi tidak mempunyai peluang," katanya.
"Karyawan berasakan tiba masanya karyawan seni memainkan peranan dalam membantu pelajar di sekolah. Mungkin ramai pihak tidak tahu, muzik memberi banyak faedah dan pengetahuan berguna kepada pelajar.
"Apa yang dilakukan Karyawan ini adalah mahu membantu usaha kerajaan supaya persada hiburan tempatan juga mempunyai pelapis yang berpengetahuan luas sejak di peringkat sekolah. Pembabitan artis sebagai tenaga pengajar di sekolah juga penting kerana sebelum ini, kita masih kekurangan guru.
"Karyawan berharap menerusi cadangan ini, subjek muzik dapat diberi perhatian sewajarnya. Sebolehnya muzik dijadikan subjek wajib agar pelajar yang berbakat tidak dipersiakan.
"Penekanan pada subjek muzik ini juga mampu mewujudkan suasana yang sihat di kalangan pelajar sekali gus mengelak mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti melepak dan berlumba haram," katanya.

via : harian metro, by Oleh Elrafaei Sapi (ahmadelrafaei@hmetro.com.my), 16th July 2009.

No comments:
Post a Comment